Friday, September 27, 2013

Dr Mahathir sokong tahan tanpa bicara, baik untuk rakyat - ( M4L4YS14 )

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyokong langkah kerajaan membuat pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang individu tanpa bicara.

Bekas perdana menteri itu paling lantang mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memansuhkan beberapa akta kontroversi sebelum ini menyifatkan langkah tersebut baik demi kepentingan rakyat.

“Saya berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk kepentingan rakyat,” kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway Universiti hari ini.

Najib pada 2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO). – 27 September, 2013.